Rabu, 15 Oktober 2014

TUGASAN KUMPULAN: KUMP 5

DEFINISI PERKAKASAN DAN PERISIAN KOMPUTER

• Perkakasan
Merupakan komponen jenis fizikal yang dihubungkan secara terus dengan komputer atau sistem yang lain. Ia juga merupakan alat yang digunakan sebagai input, dan aktiviti pemprosesan serta output.
• Perisian
Fungsi: Urus,menyedia peralatan,perantara
Merupakan program yang mengawal operasi komputer dan dokumentasi. Dibahagikan kepada sistem dan aplikasi perisian.
INPUT
• Input merupakan satu proses yang mana sesuatu komputer itu boleh proses atau ubah daripada jenis data kepada bentuk kod digital.
• Alat input pula mengubah data serta program yang boleh difahami manusia kepada suatu bentuk yang komprehensif ke CPU.
• Data tersebut mungkin diperolehi daripada sumber-sumber dokumen lain atau yang dimasukkan terus ke dalam komputer.
PERALATAN INPUT
• Papan kekunci
• Alat penunjuk
• Sumber data yang secara automatik
OUTPUT
• Data mentah yang telah diproses kepada bentuk maklumat yang boleh digunakan.
• Output juga merupakan hasil daripada proses pengkomputeran.
• Alat output menjadikan maklumat yang diproses wujud untuk digunakan.
Hard Copy dan Soft Copy
• Hard Copy (jenis cetakan yang boleh dipegang/jelas)
Merekodkan teks atau grafik di atas medium yang kekal seperti kertas atau filem.
• Soft Copy(jenis cetakan yang tidak jelas/dipegang)
Menggunakan isyarat elektronik untuk menunjukkan imej sementara pada skrin.
APAKAH ITU PERISIAN?
• Perisian
-Perisian merupakan arahan yang terdapat dalam bentuk program dan mengawal operasi ataupun perjalanan sesuatu komputer. Ini termasuklah pendokumenan.
Kategori Perisian
• Perisian versi 1.0
• Perisian sistem versi 1.0
• Perisian aplikasi versi 1.0
Application software- perisian aplikasi
• Aplikasi merupakan suatu tugasan yang penguna jangkakan sesuatu komputer itu boleh beroperasi.
• Aplikasi terdiri daripada 2 jenis kategori:
-tujuan umum
Tujuan khusus
Aplikasi untuk tujuan umum.
Perisian dibangunkan untuk membantu dalam penyelesaian sesuatu masalah yang bersifat umum. Ia juga digunakan dalam pelbagai jenis situasi. Contoh perisian:
• Pemprosesan perkataan
Mencipta, mengedit,mencetak dokumen berasaskan teks.
• Lembaran taburan “spreadsheets”
Menyusun, mengira dan membuat data bergraf.
(Sambungan) Aplikasi untuk Tujuan Umum
• Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Menyusun sesuatu data supaya data itu mudah diambil semula.
• Penyampaian Grafik
Menghasilkan/mencipta grafik yang kelihatan seperti professional
• Komunikasi
Menghubungkan kepada internet dan dunia web.
Aplikasi untuk Tujuan Khusus
Terdapat beberapa aplikasi yang dikhususkan untuk menyampaikan sesuatu tugasan.
• pengurusan
• Perakaunan
• Hiburan
• Pendidikan
Kejuruteraan dan saintifik
Perisian sistem
Perisian sistem- merupakan program bagi tujuan penyelarasan operasi sesuatu komputer; juga merupakan program yang memudahkan kecekapan dalam penggunaan sesuatu sumber komputer; turut merupakan program yang membantu dalam pembangunan sesuatu program aplikasi.
• Sistem operasi:
-menguruskan operasi secara umum bagi sesuatu sistem komputer.
• Graphical User Interfaces (GUI):
-MS Windows NT, Motif, OpenWindows
• Bahasa Pemprograman:

Isnin, 13 Oktober 2014

 BENGKEL TMK KUMPULAN 5:

1.  MOHD HANAFI BERAHIM

2  .MOHD HANAFI IBRAHIM

3.  MOHD ZAKI BIN DAUD


Tajuk :
 Etika Penggunaan Internet.


Etika Penggunaan Internet 

 pointer_purpleKPKT telah menggunakan kemudahan ICT dalam usaha untuk mewujudkan  penyampaian perkhidmatan. Walaupun sistem ICT digunakan bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan sektor awam, terdapat segelintir penjawat awam menyalahgunakan aset ICT jabatan seperti muat turun bahan-bahan (lagu, video, gambar), chatting, melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan dan sebagainya dalam atau luar waktu pejabat.
 pointer_purple
Dalam menggalakkan amalan baik serta menangani isu salah laku guna aset ICT, Kerajaan telah menerbitkan kaedah dan penggunaan teknologi yang sesuai berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna ICT jabatan:
light purple Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan (Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2000);
light purpleMekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (Pekeliling Am Bil 1/2001 bertarikh 4 April 2001);
light purpleGaris Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam (MyMIS); dan
light purpleGaris Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan (PKPA Bil 1 Tahun 2003)
 pointer_purpleBahagian Teknologi Maklumat (BTM) KPKT telah melaksanakan peningkatan infrastruktur keselamatan ICT bagi membendung penularan aktiviti negatif yang mudah dicapai melalui ICT di samping melindungi aset ICT Kerajaan bagi menjamin kesinambungan urusan kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan. Justeru, beberapa polisi keselamatan ICT  dilaksanakan dan berkuatkuasa serta-merta bagi perkara-perkara berikut:
light purpleKemudahan Chatting melalui internet dihentikan dan sekatan secara automatik akan dilaksanakan bagi sebarang cubaan akses;
light purpleKemudahan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan seperti laman web porno, chat forum, P2P (termasuk KAZAA, Napster) dan sebagainya turut disekat secara automatik;
light purpleKemudahan memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video, lagu dan gambar yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan turut disekat secara automatik
 pointer_purpleLangkah-langkah pelaksanaan polisi keselamatan di KPKT dilaksanakan untuk tidak menjejaskan sistem ICT di pejabat dan memastikan kelancararan tugas rasmi. Ini adalah kerana kegiatan-kegiatan seperti melayari laman web porno atau memuat turun pelbagai gambar, lagu dan video melalui internet pada waktu pejabat akan menggunakan bandwidth (The amount of data that can be transmitted in a fixed amount of time expressed in bits per second or bytes per second) yang tinggi boleh memberi gangguan kepada sistem rangkaian.
 pointer_purpleSekiranya YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan mematuhi polisi yang dimaklumkan tetapi masih menghadapi masalah penggunaan internet, sila laporkan kepada Helpdesk BTM di talian 03-8891 5400 untuk tindakan susulan. Jika terdapat keperluan khusus melayari laman web yang telah disekat, sila e-mel kepada kpktsecurity@kpkt.gov.my untuk semakan dan pengesahan.
 pointer_purplePihak BTM akan memaklumkan pelaksanaan polisi ini melalui e-mel rasmi Kementerian. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan amat diperlukan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan masing-masing supaya mematuhi segala polisi keselamatan ICT ini bagi memastikan kelancaran tugas rasmi.

Kursus PluG TMK Tahun 5 2015

CADANGAN TARIKH: MEI  /  JUN 2015

Selasa, 22 Mei 2012

Persembahan tarian oleh wakil murid India sempena sambutan Hari guru peringkat sekolah 2012